Pertandingan Rekabentuk Poster Merdeka 2016

Baru-baru ini, kami menjalankan satu pertandingan reka poster sempena sambutan Hari Merdeka Ke-59 pada 31hb Ogos 2016 yang lepas. Kesemua peserta pertandingan adalah dari ahli kumpulan WhatsApp yang dinamakan Creative Lounge (CL), sebuah kumpulan pereka grafik (Sepenuh Masa/Sambilan/Freelancer/Lain-lain) dari seluruh Malaysia.

Pertandingan ini terbuka kepada semua pereka grafik dari tahap beginner sehingga tahap professional. Sambutan dari ahli kumpulan ini juga tidak menghampakan walaupun ini adalah pertandingan pertama yang dianjurkan oleh kumpulan CL. Pertandingan ini bermula dari 21hb Ogos 2016 dan tamat pada 07hb Sept 2016.

Pertandingan ini terbahagi kepada 2 fasa iaitu:

  1. Fasa Pertama: Sesiapa sahaja dari ahli kumpulan CL, layak menyertai pertandingan ini untuk merebut gelaran Top 3
  2. Fasa Kedua: Peserta Top 3 yang terpilih dikehendaki membaiki poster mereka dan bertanding untuk merebut Tempat Pertama, Kedua dan Ketiga.

Berikut adalah syarat-syarat penyertaan pertandingan rekabentuk poster ini:

  1. Saiz Poster: 1500 px * 1500 px (Kotak)
  2. DPI: 300 DPI
  3. Slogan WAJIB: “MERDEKA JUST GOT CREATIVE”
  4. Gambar WAJIB: Bunga Raya, Tugu Negara, Keretapi dan KLCC
  5. Fail Format: JPEG/PNG & Ai/PSD
  6. Konsep: Bebas (Patriotik)

Kesemua poster yang dihantar telah diadili oleh beberapa ahli kumpulan yang berpengalaman dalam bidang rekabentuk, mahupun bidang percetakan yang dilantik khas oleh admin kumpulan CL. Dibawah ini adalah poster-poster penyertaan pertandingan ini:


FASA 1:

Poster dari ahli kumpulan yang menyertai pertandingan.

 


FASA 2:

Poster peserta Top 3 yang terpilih.

 


PEMENANG PERTANDINGAN REKA POSTER ‘MERDEKA JUST GOT CREATIVE‘:

Poster peserta Top 3 selepas diperbaiki.

 


Tahniah kepada semua pemenang dan peserta yang menyertai pertandingan reka poster ini. Kepada yang tidak berjaya, bukan bermakna anda gagal, malah anda berani menunjukkan bakat anda dengan stail yang tersendiri. Kesemua 3 pemenang berjaya membawa pulang:

  1. Poster yang dicetak diatas canvas bersaiz 32 inci x 32 inci yang di-frem siap (Tempat PERTAMA)
  2. Poster yang dicetak diatas canvas bersaiz 26 inci x 26 inci yang di-frem siap (Tempat KEDUA)
  3. Poster yang dicetak diatas canvas bersaiz 20 inci x 20 inci yang di-frem siap (Tempat KETIGA)