Cara-Cara Menentukan Harga Sesuatu Rekabentuk Grafik

Artikel kali ini, kami akan kongsikan beberapa cara untuk tentukan harga sesuatu Rekabentuk Grafik (tidak termasuk Multimedia). Terdapat pelbagai jenis rekabentuk grafik hari ini, jadi harga untuk setiap rekabentuk bukanlah sesuatu perkara yang mudah untuk ditentukan. Harga sesuatu rekabentuk juga perlulah berpatutan dengan hasil kerja yang anda hasilkan.

Dimasakini, peniaga lebih gemar memilih untuk menjalankan perniagaan secara atas-talian (Online Business), jadi kami hanya akan berkongsikan harga rekabentuk-rekabentuk grafik yang sering ditempah oleh pelanggan yang menjalankan perniagaan jenis atas-talian sahaja. Berikut adalah cara-cara untuk anda tentukan harga sesuatu rekabentuk grafik:


#1. SEDIAKAN BORANG RINGKASAN PROJEK (Project Brief Form)

  • Setiap projek rekabentuk grafik mempunyai project brief yang berbeza-beza, malah ada juga yang tidak mempunyai project brief terutamanya dari pelanggan Low-End. Project brief sangat penting dalam menghasilkan sesuatu rekabentuk grafik yang menepati citarasa pelanggan. Ia juga dapat memudahkan kerja-kerja designer dalam mencari maklumat pelanggan itu sendiri, serta mampu mengelakkan pelanggan dari dikenakan caj untuk extra revision rounds (amendments). Project Brief Form boleh disediakan di dalam bentuk printed form mahupun online form. Antara senarai maklumat yang boleh disediakan didalam Project Brief Form adalah:
  1. Maklumat Pelanggan
  2. Jenis Perniagaan
  3. Laman Web/Laman Media Sosial (Jika Ada)
  4. Jenis Projek Rekabentuk
  5. Konsep Rekabentuk
  6. Konsep Warna Keseluruhan
  7. Saiz Rekabentuk (Jika Ada)
  8. Bahan Rujukan (Jika Ada)
  9. Contoh Rekabentuk (Gambar JPG/PNG sahaja)
  10. Ruangan Maklumat Tambahan (WAJIB!)

#2. HARGA SECARA TETAP @ PER JAM

  • Cara penentuan harga Secara Tetap atau Per Jam ini adalah sangat sesuai bagi mereka yang menjalankan perniagaan Servis Rekabentuk Grafik secara sambilan (Freelance Graphic Designer). Apakah perbezaan antara Harga Secara Tetap & Harga Mengikut Per Jam ini?
  • Jika anda memilih untuk menentukan harga rekabentuk grafik anda Secara Tetap, anda secara tidak langsung telah memilih untuk menetapkan harga rekabentuk grafik anda yang TIDAK BOLEH diubah, walaupun projek yang anda terima itu banyak @ besar. Harga Secara Tetap ini juga sukar untuk dirunding jika harga yang anda tetapkan itu tinggi. Kami sarankan, pemilihan penentuan harga Secara Tetap ini digunakan bagi mereka yang benar-benar pakar dalam bidang grafik kerana rekabentuk yang mereka hasilkan lebih berkualiti dan menepati citarasa pelanggan.
  • Jika anda memilih untuk menentukan harga rekabentuk grafik anda Mengikut Per Jam pula, terlebih dahulu anda perlu tahu kadar caj per jam anda kerana anda sendiri yang tahu akan kebolehan dan kepantasan anda membuat sesuatu rekabentuk. Penentuan harga Mengikut Per Jam ini lebih kepada anggaran masa yang akan digunakan untuk sesuatu projek. Perlu diingatkan, kadar caj per jam (RM100.00/Jam @ RM50.00/30 Min) dibawah hanyalah CONTOH dan BUKANlah cara pengiraan sebenar untuk menentukan kadar caj per jam. Anda sendiri yang perlu tentukan kadar caj per jam anda sendiri mengikut kos-kos perbelanjaan harian, mingguan, bulanan atau tahunan. CONTOH pengiraan mudah:
    • Contoh Projek: Poster Instagram
    • Kuantiti: 1 Poster
    • Kadar Caj Per Jam: RM100.00/1 Jam @ RM50.00/30 Min
    • Anggaran Masa Rekabentuk: 1 Jam 30 Min/Poster (Tidak termasuk masa pengubahsuaian)
    • Jumlah Yang Perlu Di-Caj: RM100.00 x 1 Jam 30 Min = RM150/Poster ✔

  • Pengiraan berbeza jika pelanggan ingin menempah rekabentuk dalam kuantiti yang banyak/besar. CONTOH pengiraan mudah:
    • Contoh Projek (i): Poster Instagram
    • Kuantiti: 10 Poster
    • Diskaun (Kuantiti=Diskaun): 10 Poster=10% Diskaun
    • Kadar Caj Per Jam: RM100.00/1 Jam @ RM50.00/30 Min
    • Anggaran Masa Rekabentuk: 1 Jam 30 Min/Poster (Tidak termasuk masa pengubahsuaian)
    • Jumlah Yang Perlu Di-Caj (Sebelum Diskaun): RM100.00 x 1 Jam 30 Min = RM150/Poster
    • Jumlah Yang Perlu Di-Caj (Selepas Diskaun): RM150/Poster – 10% Diskaun = RM135/Poster
    • Jumlah Yang Perlu Di-Caj (Keseluruhan): RM135/Poster x 10 Poster = RM1,350.00 ✔

    • Contoh Projek (ii): Poster Instagram
    • Kuantiti: 50 Poster
    • Diskaun (Kuantiti=Diskaun): 50 Poster=50% Diskaun
    • Kadar Caj Per Jam: RM100.00/1 Jam @ RM50.00/30 Min
    • Anggaran Masa Rekabentuk: 1 Jam 30 Min/Poster (Tidak termasuk masa pengubahsuaian)
    • Jumlah Yang Perlu Di-Caj (Sebelum Diskaun): RM100.00 x 1 Jam 30 Min = RM150/Poster
    • Jumlah Yang Perlu Di-Caj (Selepas Diskaun): RM150/Poster – 50% Diskaun = RM75/Poster
    • Jumlah Yang Perlu Di-Caj (Keseluruhan): RM75/Poster x 50 Poster = RM3,750.00 ✔

  • Seperti contoh pengiraan diatas, peratusan diskaun bergantung pada kuantiti tempahan yang diminta. Semakin banyak kuantiti tempahan, semakin tinggi diskaun-nya. Walaubagaimanapun, kedua-dua cara penentuan harga ini mempunyai KEBURUKAN tersendiri. Antara perkara-perkara NEGATIF yang dapat kami senaraikan adalah:
    • Penentuan Harga SECARA TETAP:
      • Sukar untuk dirunding
      • Pelanggan mudah mengambil kesempatan kerana harga TIDAK BOLEH diubah @ telah DITETAPKAN
      • Proses rekabentuk mungkin mengambil masa yang agak panjang
      • Proses ubahsuai (amendments) rekabentuk mungkin menjadi banyak
    • Penentuan Harga MENGIKUT PER JAM:
      • Rekabentuk WAJIB diselesaikan mengikut anggaran masa yang diberi kepada pelanggan
      • Memerlukan pengiraan perbelanjaan hidup yang ketat
      • Pelanggan kecil kurang yakin akan anggaran masa yang anda berikan
      • Pengambilan projek lain terlalu terhad

#3. HARGA REKABENTUK GRAFIK DARI SYARIKAT PERCETAKAN ???

  • Kebanyakan Pereka Grafik Sambilan (Freelance Graphic Designer) keliru dengan harga yang ditetapkan oleh Syarikat Grafik dan Syarikat Percetakan untuk dijadikan rujukan. Jika anda seorang pereka grafik sambilan yang menjalankan perniagaan GRAFIK sahaja, JANGAN sesekali merujuk harga dari Syarikat Percetakan. Mengikut kajian kes yang kami jalankan, Servis Rekabentuk Grafik dari Syarikat Percetakan bukanlah perniagaan utama bagi mereka, tetapi mereka masih memerlukan servis ini kerana ia dapat memudahkan pelanggan untuk berurusan dan menggunakan servis percetakan mereka. Kita seringkali melihat perkataan FREE DESIGN dari Syarikat Percetakan adalah kerana margin keuntungan harian, bulanan atau tahunan utama mereka adalah dari servis percetakan mereka sendiri, bukan dari servis rekabentuk grafik.
  • Hal ini berbeza pula bagi pereka grafik sambilan yang menjalankan kedua-dua perniagaan GRAFIK & PERCETAKAN secara sekaligus. Jika anda menjalankan kedua-dua perniagaan ini, anda boleh merujuk dari harga Syarikat Percetakan, tetapi bukanlah 100% mengikut harga mereka. Terdapat 2 jenis sumber percetakan yang boleh digunakan;
  1. Menjadi Ajen Syarikat Percetakan ✔
  2. Membeli Mesin & Barangan Percetakan Mampu-Milik Sendiri ✔
  • Jika anda memilih untuk Menjadi Ajen Syarikat Percetakan, anda akan memperolehi harga percetakan yang jauh lebih murah daripada harga sebenar syarikat tersebut. Harga rekabentuk grafik dari sumber jenis ini dapat ditentukan dengan mengurangkan antara 30% – 50% harga daripada harga semasa sesuatu rekabentuk.
  • Jika anda memilih untuk Membeli Mesin & Barangan Percetakan Sendiri, anda boleh menetapkan harga rekabentuk grafik anda 90% sama dengan harga dari Syarikat Percetakan. Sumber jenis ini tidak banyak beza dengan harga Syarikat Percetakan kerana anda menjalankan kedua-dua perniagaan ini serentak dan anda telah mengeluarkan modal pada mesin & barangan percetakan tersebut. Walaupun begitu, JANGANLAH sesekali anda memberikan sesuatu rekabentuk grafik itu secara PERCUMA kerana ia melibatkan masa & kreativiti anda.

#4. HARGA MENGIKUT BAJET PELANGGAN @ CAJ PER PROJEK

  • Memandangkan kami Graphic LAB Malaysia adalah Agensi Grafik, kami TIDAK menentukan harga sesuatu rekabentuk Secara Tetap mahupun Per Jam seperti point #2 diatas. Tetapi kami menentukan harga mengikut maklumat yang diberikan oleh pelanggan atau mengikut bajet pelanggan untuk sesuatu projek. Kami juga menentukan harga dengan menentukan samada pelanggan itu didalam kategori Low-End, Middle-End atau High-End.
  • Cara penentuan harga rekabentuk jenis ini kerap dipilih oleh Syarikat @ Agensi Grafik. Ini kerana, kos perbelanjaan bulanan mereka jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan Pereka Grafik Sambilan (Freelance Graphic Designer).
  • Jika anda memilih untuk menentukan harga rekabentuk Mengikut Bajet Pelanggan, secara langsung anda perlu bertanya mengenai bajet mereka. Kebanyakan pelanggan TIDAK akan memberitahu bajet mereka kerana mereka inginkan harga dari mulut anda terlebih dahulu sebelum membuat keputusan samada ingin menempah rekabentuk dari anda atau tidak. Dari kajian kes yang kami jalankan, terdapat 2 cara untuk anda mengetahui bajet pelanggan.
    • Gunakan soalan yang terdapat perkataan ‘antara‘. Contoh soalan: Adakah anda(pelanggan) mempunyai bajet antara RM1,500 ke RM2,500 untuk projek ini? Jawapan yang pelanggan anda akan jawab hanya dua iaitu; Ya @ Tidak. Secara tidak langsung, anda telah mengetahui bajet pelanggan anda tadi.
    • Gunakan soalan yang menunjukkan anggaran harga sesuatu rekabentuk kerana anda sendiri tahu harga rekabentuk yang bakal anda buat. Contoh soalan: Adakah anda(pelanggan) mempunyai modal/bajet sebanyak RM1,000 untuk projek ini? Jawapan yang pelanggan anda akan jawab akan sama seperti diatas iaitu; Ya @ Tidak. Secara tidak langsung, anda telah mengetahui bajet pelanggan anda tadi.

Artikel diatas adalah antara cara-cara untuk menentukan harga sesuatu rekabentuk samada anda adalah pereka grafik sambilan (Freelance Graphic Designer) , mahupun syarikat grafik (Start-up business). Apa cara sekalipun, anda sendiri perlu tahu akan harga anda sendiri kerana andalah pereka grafik untuk pelanggan. Keyakinan dan kepercayaan pada diri sendiri sangat penting untuk meyakinkan pelanggan. Rezeki itu luas. Selamat Mencuba & Semoga Berjaya!