(Malay) 12 Teknik Pemasaran Servis Rekabentuk

Posted on Posted in Article

Apa itu Pemasaran (Marketing)? Pemasaran adalah fungsi sosial dan pentadbiran yang bertujuan untuk mencipta, mengembangkan dan mengekalkan pelanggan dalam suatu aktiviti ekonomi atau pertukaran barang dan perkhidmatan. Dengan perkataan lain, pemasaran ialah proses peng-komunikasi-an nilai suatu barang atau perkhidmatan kepada pengguna.

Topik kali ini, kami akan kongsi cara dan teknik pemasaran yang digunakan oleh Graphic LAB Malaysia untuk tackle hati pelanggan untuk menjadi pelanggan tetap dan secara langsung menaikkan jualan servis rekabentuk kami. Dimasa kini, servis rekabentuk atau design service ini mendapat saingan yang hangat termasuklah dari syarikat agensi, syarikat percetakan, studio, freelancer, mahupun lepasan IPT. Dengan teknik pemasaran yang betul, anda tidak lagi perlu risau dengan saingan-saingan anda. 

Pemasaran yang berjaya juga mampu menjana pendapatan anda secara konsisten dan memberi kepercayaan kepada pelanggan untuk memilih anda. Diatas permintaan ramai, mari kami kongsikan cara dan teknik pemasaran yang kami gunakan; tetapi perlu diingatkan juga, tiada sebarang jaminan bahawa teknik yang kami kongsikan ini, 100% berjaya. Selamat mencuba!


#1. TREND TERKINI

  • Banyakkan research mengenai trend terkini di mana-mana platform online. Gunakan tema rekabentuk pada poster atau iklan anda, mengikut trend terkini untuk menarik pelanggan anda. Contoh trend terbaru adalah ‘Aliff dalam 7 Dimensi‘ bertemakan Aksi/Seram/Mistik atau PokemonGO yang bertemakan kartun. Rekabentuk yang bertema atau berkonsep lebih memberi tarikan pada pelanggan kerana dari pengalaman kami, kebanyakan mindset pelanggan hanya tertumpu pada apa yang terbaru. 

#2. PROMOSI DAN PROMOSI

  • Penghasilan promosi juga dapat menarik pelanggan anda untuk mengetahui apa yang anda promosikan. Promosi adalah antara teknik pemasaran yang dilakukan oleh hampir semua perniagaan. Ia dapat memberi impak ceria pada wajah pelanggan yang mempunyai bajet atau kos yang rendah untuk sesuatu tempahan rekabentuk. Promosikan servis anda sekerap yang mungkin untuk memberi awareness kepada pelanggan dan pastikan harga promosi tidak sama dengan harga sedia ada.

#3. SIAPA ANDA?

  • Perkenalkan diri atau syarikat anda dengan menggunakan platform-platform tertentu. Senaraikan jenis-jenis servis yang anda sediakan melalui rekabentuk/video profil syarikat (Company Profile Design/video) agar pelanggan tahu siapa anda. Pelanggan perlu tahu servis apa yang anda sediakan bagi memudahkan mereka untuk berurusan dengan anda terutamanya pada peniaga yang baru mula berniaga atau 0 pengalaman dalam perniagaan servis rekabentuk. 

#4. MEDIA SOSIAL

  • Platform media sosial adalah platform yang sangat terkenal dimasa kini seperti Facebook, Instagram, Twitter, Google+ dan Youtube. Untuk pengguna Facebook sahaja, ia kini telah mencecah 1.19 billion pengguna aktif bulanan874 juta pengguna mudah-alih (Mobile), dan 728 juta pengguna harianJika dikira hanya 0.001% pelanggan anda dari Malaysia, ia sudah cukup memadai untuk memberi anda pendapatan yang disasarkan. Gunakan platform media sosial sebaik mungkin untuk memasarkan perniagaan anda dan menjana pendapatan yang berterusan.

#5. MAILCHIMP

  • MailChimp adalah antara platform pemasaran e-mail yang sangat terkenal diseluruh dunia. Ia boleh digunakan secara percuma sehingga had e-mail pelanggan anda mencecah 2,000 e-mail. Platform ini sesuai digunakan bagi peniaga baru mahupun peniaga lama yang ingin memasarkan perniagaan mereka melalui e-mail. Kumpul kesemua e-mail pelanggan anda dari platform e-mail seperti Gmail, Yahoo, Ymail dan pasarkan perniagaan/promosi anda kepada mereka secara sekaligus; tidak perlu satu per satu. 

#6. BANNER & BUNTING

  • Banner & Bunting adalah antara media pemasaran yang terendah modal-nya. Ia perlu dicetak dan dipamerkan disesuatu tempat untuk memberi peluang kepada pelanggan luar untuk mengenali perniagaan anda. Teknik pemasaran ini hanya tertumpu pada kawasan yang dipamerkan tetapi ianya sangat efektif sekiranya rekaan Banner & Bunting itu mampu menarik pelanggan. Dengan hanya bermodalkan RM20-RM100, ia mampu menarik pelanggan untuk mengenali atau menyebarkan perniagaan anda kepada yang lain.   

#7. KAD NAMA/PERNIAGAAN

  • Kad Nama/Perniagaan adalah sangat penting untuk sesuatu perniagaan, mahupun pemasaran. Ia mudah-alih dan pastikan ia mempunyai info yang lengkap mengenai perniagaan anda. Maksimakan penggunaan kad nama/perniagaan supaya pelanggan mengingati atau menyebarkan tentang perniagaan yang anda jalankan. Pastikan anda memberi 2 keping kepada sesiapa sahaja; 1 keping untuk mereka sendiri, 1 keping untuk mereka sebarkan. Ia juga dapat memberikan imej professional dan dapat meyakinkan pelanggan.

#8. TESTIMONIAL

  • Testimonial pelanggan anda yang lepas adalah sangat penting bagi meyakinkan pelanggan anda yang baru. Jangan pula anda reka testimonial pelanggan anda sendiri. Keyakinan pelanggan untuk menempah sesuatu rekabentuk dari anda juga tinggi, lebih-lebih lagi testimonial anda adalah daripada pelanggan yang berpangkat besar. Ini juga menunjukkan pengalaman dan kepakaran anda. Namun begitu, tidak semua testimonial dari pelanggan adalah positif.  

#9. CABUTAN BERTUAH

  • Buat acara Cabutan Bertuah terbuka di media sosial atau apa-apa platform. Nyatakan semua Terma & Syarat dan senarai hadiah. Senarai hadiah adalah sangat penting untuk menarik perhatian pelanggan walaupun hadiahnya kecil. Acara Cabutan Bertuah dapat memudahkan anda untuk mengumpul data dan maklumat pelanggan anda seperti e-mail dan no telefon. Dengan data dan maklumat yang terkumpul, anda boleh masukkan dalam teknik #5 diatas dan jalankan kerja-kerja MailChimp.

#10. KEMPEN

  • Kempen adalah antara teknik pemasaran yang agak tinggi kos-nya tetapi sangat memberi pulangan yang lumayan. Terdapat juga kempen yang rendah kos-nya atau percuma, akan tetapi pulangan hanya ‘suam-suam kuku’. Kempen dapat memberi pelanggan anda tahap awareness yang tinggi. Contoh kempen adalah seperti ‘Penjenamaan 2017‘. Anda perlu mengeluarkan modal untuk segala pengiklanan tetapi perlu ingat, “The more you invest, the more you get”. Lagi-lagi jika kempen itu ada kena mengena dengan syarikat/perniagaan anda. 

#11. APA ANDA TAHU?

  • Kongsikan sebanyak mungkin apa yang anda tahu atau pengalaman anda dalam bidang anda. Ia bukan bermaksud kongsi strategi perniagaan anda, tetapi lebih kepada kepakaran anda dalam sesuatu bidang. Contoh, kami menulis artikel ini, kami ingin kongsikan teknik pemasaran yang kami gunakan tetapi bukan strategi pemasaran kami. Sekiranya anda mahir dalam Adobe Photoshop, tunjukkan beberapa tutorial. Dengan itu, pelanggan akan kongsi pula artikel anda kepada rakan mereka yang lain mengenai perniagaan anda. 

#12. LAYANAN

  • Cara layanan yang baik dan bersopan adalah penting untuk pelanggan anda merasa diri mereka dihargai. Terdapat banyak pelanggan yang annoying mahupun interesting; pelanggan tetap pelanggan. Anda hanya perlu bersabar dan terus bersabar. Anda juga perlu tahu, bukan semua pelanggan anda faham mengenai Rekabentuk (Design) dan mahir dalam bidang ini. Persembahan rekabentuk (Design Presentation) dan cara layanan adalah sangat penting untuk membuat pelanggan anda menerima apa yang cuba disampaikan oleh anda. 

Diatas adalah antara teknik pemasaran yang kami gunakan. Setiap teknik perlulah tepat dan betul. Jangan sesekali memasarkan sesuatu yang palsu dan apa yang paling penting adalah BERDOA, BERDOA & terus BERDOA. Artikel diatas bukan hanya boleh ditumpukan pada SERVIS REKABENTUK sahaja, malah boleh juga tertumpu pada apa jua jenis perniagaan. Selamat mencuba!

One thought on “(Malay) 12 Teknik Pemasaran Servis Rekabentuk

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.